Anda di sini!
Utama > Terkini > Malaysia Akan Lebih Kompetitif Selepas Menyertai TPP – PM

Malaysia Akan Lebih Kompetitif Selepas Menyertai TPP – PM

mh online

Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadikannya lebih kompetitif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, perkara itu dinyatakan oleh wakil-wakil daripada Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)-Amerika Syarikat (AS) ketika pertemuannya bersama anggota Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Manila, Filipina, hari ini.

“Mereka juga mengalu-alukan negara ASEAN lain mengikut jejak langkah Malaysia menyertai TPP. Wakil perniagaan berkenaan turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia di atas usaha kita menyelesaikan proses rundingan yang kini masih dalam peringkat domestik,” katanya dalam catatan terbaharu akaun Facebooknya, malam ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, wakil daripada Majlis Perniagaan APEC-AS itu turut memuji pendekatan mesra niaga kerajaan Malaysia dan pulangan daripada pelaburan mereka di Malaysia.

Pujian dan keyakinan oleh wakil-wakil perniagaan itu membuktikan bahawa dasar kerajaan, antaranya Dasar Transformasi Ekonomi berkesan dan mendapat sambutan negara luar, terutama daripada komuniti perniagaan.

Perdana Menteri berada di Manila bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin APEC ke-23.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top