Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Makan Gaji Dengan Kerajaan Tapi Serang Kerajaan

Makan Gaji Dengan Kerajaan Tapi Serang Kerajaan

mh online

image

Seorang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak yang juga seorang blogger cari makan dulunya dan kini diberikan tempat yang selesa dalam kerajaan Perak.Khabarnya beliau mempunyai rumah yang bernilai ratusan ribu RM serta sebuah kereta yang harganya setengah Juta RM.Dari mana dia mendapat kekayaan ini semua?

Beberapa hari yang lalu beliau melalui blognya menuduh KDN, YAB TPM serta Ksu telah memberikan kontrak pemutihan kepada MYEG.Dalam tulisannya tidak pula disertakan dengan bukti yang terperinci berkenaan dakwaannya itu, saya simpulkan bahawa dakwaan itu hanya fitnah jika tidak disertakan bukti yang terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum Myeg adalah syarikat penyedia perkhidmatan online untuk pelbagai urusan membayar saman, insuran dan lain-lain urusan,bukan sahaja di waktu YAB TPM menjadi Menteri malah sebelum itu lagi Myeg telah menjadi penyedia perkhidmatan online yang sudah tentulah mempunyai pengalaman dan kapasiti yang diperlukan.

Dalam kes ini untuk urusan pemutihan, rasional disebalik kenapa kerajaan Malaysia terpaksa mengenakan bayaran kepada pendatang tanpa izin ini adalah kerana sekiranya kerajaan menahan mereka yang bukan sedikit bilangannya di negara ini sudah tentulah Kerajaan terpaksa menanggung kos penahanan, makanan sewaktu ditahan dan untuk urusan penghantaran pulang juga kerajaan terpaksa keluarkan perbelanjaan yang bukan sedikit, kebiasaannya kerajaan mereka enggan membayar kos penghantaran pulang mereka yang ditahan kerana tinggal melebihi tempoh ini.

Bayangkan peruntukan yang kerajaan sepatutnya guna untuk kepentingan rakyat Malaysia,terpaksa dibelanjakan untuk mereka yang tak sepatutnya seperti pendatang tanpa izin ini.Jadi disebabkan itu kerajaan terpaksa mengenakan bayaran untuk urusan pemutihan ini.

Dakwaan yang mengatakan Myeg telah mendapat kontrak dari KDN adalah tidak benar sama sekali dan mengikut semakan, KDN belum lagi menganugerahkan kontrak pemutihan ini kepada mana-mana syarikat.Saya hairan bagaimana seorang Setiausaha Akhbar Menteri Besar boleh membuat dakwaan mengarut seperti ini?

Atau mungkin syarikat yang beliau rekemen tidak layak untuk menerima kontrak ini?ataukah mungkin ada dendam yang berkudis dihati?

Saya mendesak MB Perak memecat blogger ini..beliau tidak layak untuk berkhidmat dengan kerajaan, biarkan saja beliau hanya jadi blogger jika ingin membuat dakwaan mengarut seperti ini.

Leave a Reply

Top