Seminggu selepas berlaku kekejaman yang mengakibatkan rakyat terkorban di kawasan Masjid Al-Aqsa, akhirnya Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan  untuk memutuskan hubungan dengan Israel.

Tindakan itu juga berikutan kawalan ketat rejim Zionis ke atas kawasan suci itu.

Mahmoud menyatakan langkah itu adalah maklum balas keputusan Israel yang menambah anggota tentera dan polis di kawasan suci umat Islam di Baitulmuqaddis yang turut menyekat kunjungan umat Islam.

“Saya mengisytiharkan, atas nama kepimpinan Palestin, penggantungan semua hubungan dengan Israel di semua peringkat sehingga Israel membatalkan semua tindakan terhadap rakyat Palestin, Baitulmuqaddis dan terutamanya Masjid Al-Aqsa,” kata Mahmoud kepada Kabinet.

Sehingga Sabtu, tiga penduduk Palestin ditembak mati, manakala 400 yang lain cedera ketika pertempuran dengan polis Israel di sekitar Baitulmuqaddis dan Tebing Barat dalam tempoh dua hari.

Bercakap dalam mesyuarat tergempar bersama Kabinet Palestin untuk membincangkan perkembangan terbaharu di Baitulmuqaddis, Mahmoud menggesa Israel supaya membuang alat pengesan logam yang diletakkan di pagar masjid dan membenarkan akses bebas kepada umat Islam.

Polis Israel dilaporkan mengepung orang ramai yang berkumpul di wilayah perniagaan di timur Baitulmuqaddis selepas solat Jumaat dan melepaskan bom gas pemedih mata serta peluru getah.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *