Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mahathir Diminta Henti Politikkan Isu BR1M

Mahathir Diminta Henti Politikkan Isu BR1M

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Tun Dr Mahathir Mohammad agar berhenti daripada terus mempolitikkan isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jelasnya, walaupun bekas perdana menteri itu sudah pun menukar pendiriannya mengenai BR1M yang sebelum ini dilabel beliau sendiri sebagai satu bentuk rasuah dan haram, namun Mahdzir mahu Dr Mahathir berhenti daripada memperkatakan mengenai BR1M kerana ia diterima positif oleh sebahagian besar rakyat di negara ini.

“Cakaplah benda lain, yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Ziarah Kasih di Kampung Tanjong Siam, di sini, hari ini.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas ucapan bekas perdana menteri itu pada majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lepas, yang mahu meneruskan BR1M sekiranya pembangkang menang PRU14.

Leave a Reply

Top