Anda di sini!
Utama > Terkini > Mahathir Dijemput Hadir Ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 – TPM

Mahathir Dijemput Hadir Ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 – TPM

mh online

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sebalik dakwaan bekas perdana itu itu wujudnya usaha untuk menutup mulutnya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau.

“Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

“Majoriti ahli UMNO masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama akhbar, The Star di Petaling Jaya yang disiarkan pada Sabtu.
Perhimpunan Agung UMNO 2015 dijangka berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari Disember 8 ke 12.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top