Kawasan bandar dan luar bandar perlu diberi tumpuan sama penting oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya boleh menang dengan bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata BN menghadapi cabaran besar untuk menang di kawasan bandar kerana masih terdapat pengundi yang tinggal di bandar yang pulang ke luar bandar pada hari pengundian kerana berdaftar di sana.

“Pengundi yang tinggal di bandar dan mengundi di luar bandar harus diberi perhatian kerana mereka mampu menentukan kemenangan dan kejatuhan BN di kawasan luar Lembah Klang.

“Ini kerana apa-apa isu yang dibincangkan di bandar akan mencorakkan perbincangan di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Puchong 2017 di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada isnin.

Jelas Khairy, penduduk bandar yang pulang ke luar bandar untuk mengundi biasanya akan pulang ke kampung masing-masing dengan pelbagai propaganda bandar.

Oleh itu, UMNO harus memberi tumpuan kepada orang Melayu yang tinggal di kawasan bandar termasuklah di kawasan Parlimen Puchong, tambah beliau.

Matlamat UMNO di kawasan Parlimen Puchong pada PRU-14 nanti ialah sekurang-kurangnya menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Serdang, katanya lagi

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *