Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Luah Perasaan Dengan Cara Melampau Di Internet Undang Kemarahan Rakyat

Luah Perasaan Dengan Cara Melampau Di Internet Undang Kemarahan Rakyat

mh online

Oleh : Fansyuri

Penghinaan kepada pemimpin tertinggi negara sudah sampai ke tahap yang begitu jijik sekali, terbaru penghinaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dengan gambar yang diedit separuh manusia, perkara ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab dan sensitif, serta sengaja ingin mencabar pihak berkuasa.

Sehingga hari ini, sudah lebih dua puluh lima laporan polis dibeberapa negeri oleh pelbagai pihak terhadap Doris Jones yang memuat naik gambar mengaibkan YAB Timbalan Perdana Menteri ke laman facebooknya.

Saya menggesa pihak PDRM mengambil tindakan segera terhadap wanita ini yang begitu berani mencabar pihak berkuasa dalam entri di Facebook beliau, perbuatan kurang ajar ini jika dibiarkan akan boleh menjadi budaya rakyat Malaysia meluahkan perasaan dan seterusnya meviralkan di media sosial tanpa rasa bersalah dan takut.

Ia juga boleh memburukkan imej pemimpin negara di mata dunia, rakyat Malaysia seharusnya lebih matang dalam meluahkan perasaan di mana-mana medium sekalipun, bukan dengan cara yang keterlaluan dan kurang ajar begini.

Oleh itu PDRM dan SKMM digesa segera mengambil tindakan keatas individu tersebut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, agar dapat memberikan pengajaran di masa-masa yang akan datang kepada pihak lain, agar tidak mengulangi perkara yang sama terhadap mana-mana pemimpin negara.

Leave a Reply

Top