Pelakon versatil, Lisa Surihani mengakui gembira dengan kehadiran aktres baru di Malaysia khususnya dalam memeriahkan industri seni hiburan tempatan.

“Dengan rasa hormat dan mengamalkan sikap  profesional dalam industri, sudah tentunya saya mengalu-alukan kehadiran mereka memeriahkan dunia seni. Warnakan lagi industri kita.

“Kita perlu kepelbagaian dari aspek fizikal, cara lakonan, pembawaan dan sebagainya. Ia akan memberi warna dan saya suka perkara ini dalam arena seni tempatan,” terang isteri kepada Yusry KRU ini.

Ditanya mengenai populariti, ini pendapat Lisa; “Soal popular atau pun tidak, biarlah ia datang sendiri dan bukan anda yang mengejarnya. Sebab kalau terlalu impi populariti bimbang nanti ada yang bersifat touch and go atau suam-suam kuku.

“Walaupun ia boleh mempengaruhi perjalanan karier anda, tapi jangan letakkan itu sebagai keutamaan. Jadikan ilmu lakonan sebagai span untuk kita serap dan jangan kedekut dengan ilmu yang ada.

“Hormati diri sendiri, hormat orang lain, belajar, cari rezeki untuk keluarga. Bagi saya itulah yang paling penting sebenarnya,” akhiri Lisa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *