Luis Suarez menjadi bintang kebangkitan Barcelona FC apabila menewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Camp Nou, awal pagi Rabu.

Penyerang kelahiran Uruguay itu memberikan dua gol kemenangan buat Barcelona.

Dua gol Suarez membolosi gawang lawan pada minit ke-63 dan ke-74.

Kedua-dua jaringan itu mengembalikan keupayaan Barcelona untuk memenangi perlawanan selepas tertinggal satu gol daripada Fernandos Tores

Torres mencatatkan gol tunggal buat Atletico Madrid menerusi aksi separuh masa pertama, pada minit ke-25.

Dengan kemenangan ini, Barcelona memerlukan hasil berimbang pada perlawanan suku akhir kedua di kandang Atletico Madrid pada 13 April ini bagi membolehkannya memasuki pusingan separuh akhir.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *