Anda di sini!
Utama > Terkini > Liga Dato Seri Vida Pentas Cungkil Bakat

Liga Dato Seri Vida Pentas Cungkil Bakat

mh online

PENGASAS Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman akan memperkenalkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri bagi mencungkil bakat muda bola sepak.

Ketika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menandatangi perjanjian bersama Datuk Seri Vida, terdapat pertambahan 33 syarat dan antaranya mewujudkan kejohanan berkenaan.

Difahamkan RM 1juta akan dibelanjakan bagi merealisasikan tujuan itu.

Sementara itu, Datuk Seri Vida turut akan menawarkan hadiah lumayan yang hampir pasti menarik minat penjawat awam dan NGO.

“Bagi peringkat negeri, saya akan menyediakan satu piala pusingan bersama hadiah wang tunai yang sangat lumayan untuk juara,” katanya.

Leave a Reply

Top