Anda di sini!
Utama > Luar Negara > LI-FI, Teknologi Akses Internet Sepantas Kelajuan Cahaya

LI-FI, Teknologi Akses Internet Sepantas Kelajuan Cahaya

mh online

Menghubungkan telefon pintar anda ke akses internet menggunakan cahaya adalah kaedah terbaharu yang ditawarkan oleh teknologi Li-Fi, selain ia turut mempunyai kelajuan sehingga 100 kali ganda berbanding Wi-Fi.

Syarikat teknologi Perancis, Oledcomm melakukan satu demonstrasi teknologi Li-Fi berkenaan di Kongres Mobil Sedunia di Barcelona, dengan meletakan sebuah telefon pintar di bawah cahaya lampu. Telefon berkenaan kemudiannya memainkan video.

Kelebihan terbesar Li-Fi atau ketepatan cahaya (light fidelity) adalah kelajuan cahayanya.

Ujian makmal menunjukkan teori kelajuannya melayari Internet melebihi 200 Gbps, iaitu satu kelajuan seperti memuat turut 23 DVD dalam satu saat, menurut Ketua OledComm, Suat Topsu.

“Li-Fi boleh mengatasi kelajuan Wi-Fi sebanyak 100 kali ganda menggunakan gelombang radio untuk menghantar data,” ujarnya,

Teknologi berkenaan menggunakan frekuensi yang dihasilkan daripada mentol LED, yang berkerdipan lebih ribuan kali dalam satu saat, untuk menyalurkan maklumat melalui udara.

Teknologi itu mula digunakan di luar makmal pada 2015, apabila ia diuji di beberapa muzim dan gedung beli-belah dengan menggunakan tetapan harian, di Perancis sebelum dibawa uji di Belgium, Estonia, dan India.

Syarikat pencahayaan dan peralatan perubatan di Belanda, Philips, dilaporkan berminat untuk menggunakan teknologi berkenaan.

Apple juga dilaporkan akan menggunakan teknologi tersebut dalam telefon pintarnya yang akan datang, iPhone 7, pada akhir tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma Velmenni di Estonia, Deepak Solanki yang turut menguji teknologi Li-Fi berkenaan dalam sektor industri angkasa pada tahun lalu berkata, beliau menjangkakan teknologi berkenaan akan dikomersialkan dalam masa dua tahun, dan orang ramai akan menggunakannya pada pelbagai peringkat.

Masih dalam ujian makmal

Bagaimanapun penganalisis mempunyai pandangan berbeza, dengan berpendapat Li-Fi sukar menggantikan teknologi Wi-Fi.

“Ia bergantung bagaimana teknologi Wi-Fi berevolusi pada tahun-tahun yang berikutnya. Teknologi tersebut hanya boleh berada dalam peringkat makmal sahaja pada ketika ini,” kata Ketua Penganalisis Firma PwC, Jim Tully.

Jelasnya lagi, Li-Fi mempunyai kelemahan apabila ia hanya mampu berfungsi jika sesebuah telefon pintar atau peralatan lain diletakkan betul-betul di bawah cahaya, dan tidak boleh menembusi dinding.

Beliau berkata Wi-Fi mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kelajuan komunikasinya secara berterusan dengan melalui beberapa generasi teknologi.

Leave a Reply

Top