PROTON Holdings Bhd melantik Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), berikutan peletakan jawatan Datuk Ahmad Fuaad Kenali esok.

Li akan menjadi CEO PONSB berkuat kuasa Ahad ini.

Beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri automotif dan mempunyai pengalaman bekerja dengan jenama utama antarabangsa seperti Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai jawatan tertinggi.

Li bakal bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi PROTON, membabitkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti, penyelidikan dan pembangunan, penjualan serta pemasaran.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Datuk Radzaif Mohammed akan menyokong Li dan bersama-sama mengetuai pelan pemulihan untuk PROTON.

Syarikat induk PROTON, DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) hari ini mengesahkan struktur baharu Lembaga Pengarah dan sebahagian pasukan eksekutif bagi PROTON dan syarikat berkaitannya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *