Share on Facebook

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR, Umno Selangor diingatkan supaya tidak meletakkan lebih 20 peratus muka baru pada pilihan raya ke-14 sekiranya negeri itu ingin merampas kembali daripada pembangkang.

Datuk Ismail Kijo berkata kesilapan Menteri Besar pada ketika itu Datuk Seri Dr Khir Toyo yang meletakkan terlalu ramai calon muda antara faktor Selangor tewas.

“Calon veteran yang tersenarai tidak begitu gembira bila mereka tidak dicalonkan semula.

“Mereka sabotaj calon dipilih dengan pelbagai cara supaya kalah. Apabila kalah orang akan menyalahkan Khir Toyo kerana kononnya MB salah pilih calon,” katanya ketika di temui di PWTC bersempena Perhimpunan Agung Umno 2017

Justeru itu kata Ketua Umno Ampang itu pucuk pimpinan Umno khususnya Pengerusi Umno , Tan Sri Noh Omar lebih berhati-hati ketika hendak meletakkan calon muda pada pilihan raya yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Beliau merujuk saranan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan lebih ramai calon muda diketengahkan oleh semua negeri menggantikan calon veteran.

Ahmad Zahid ketika merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri mahukan Umno negeri-negeri mencari calon muda yang berkaliber dan boleh menang.

Bercakap dalam konteks Umno Selangor, veteran Umno itu yakin parti keramat ini akan menerajui semula negeri tersebut.

Selama dua penggal Pakatan Harapan menerajui Selangor banyak perkara dijanjikan oleh Menteri Besarnya tidak tertunai.

“Rakyat Selangor sudah muak dengan karenah kerajaan pimpinan Azmin. Mereka menunggu masa sahaja untuk menyokong kembali Barisan Nasional pada Pru nanti,” ujarnya.

Rakyat Selangor sudah hilang keyakinan dengan PH dan sudah bersedia untuk mengembalikan zaman kegemilangan Umno di bawah pemerintahan BN.

“Saya menyeru kepada seluruh pengundi di Selangor supaya bulatkan tekad dan berjanji akan memilih calon BN pada kali ini,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *