Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > LEKAS Laksana Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik Bermula Esok

LEKAS Laksana Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik Bermula Esok

mh online

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 12 tengah hari esok.

LEKAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pengguna yang memasuki enam plaza tol lebuh raya itu, iaitu Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum pukul 12 tengah hari esok, di beri tempoh untuk bayaran tunai semasa keluar dari lebuh raya sehingga pukul 12 tengah malam, 3 Mac.

“Ini selepas mengambil kira para pengguna yang berhenti di kawasan rehat dan rawat atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di kawasan lebuh raya.

LEKAS juga akan mengedarkan sebanyak 50,000 kad Touch ‘n Go secara percuma yang mana pengguna cuma perlu membayar nilai kredit minima berdasarkan kelas kenderaan masing-masing,” kata kenyataan itu.

Bagi melancarkan operasi, kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di LEKAS akan beroperasi selama 24 jam serta penempatan kakitangan di lorong bagi membantu mereka yang menghadapi masalah.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol bagi melancarkan perjalanan.

Leave a Reply

Top