Juara Liga Perdana Inggeris, Leicester semakin hampir untuk menandatangani penjaga gol baharu, Ron-Robert Zieler daripada kelab Jerman, Hannover 96.

Zieler, 27, memulakan kariernya di Manchester United sebelum pulang ke Jerman sebagai penjaga gol skuad Joachim Low yang menjuarai Piala Dunia pada 2014 walaupun berstatuskan pemain simpanan.

Pemain berkenaan akan meninggalkan Hannover dengan penebusan kontrak bernilai £2.6m juta.

Selain Leicester, kelab lain seperti Manchester City dan Everton antara yang mahukan khidmat Zieler.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Hannover berkata,” ‘Ron-Robert Zieler telah memberitahu kami untuk menemui kelab juara Liga Perdana Inggeris, Leicester untuk berbincang mengenai kontraknya.

“Dia juga akan melengkapkan pemeriksaan perubatan di England.”

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *