Anda di sini!
Utama > Nasional > Lee Hsien Loong Berharap Najib Segera Sembuh

Lee Hsien Loong Berharap Najib Segera Sembuh

mh online

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan harapan semoga Datuk Seri Najib Tun Razak segera sembuh.

Najib semalam selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Lee dalam laman Twitter beliau berkata: “Gembira apabila mengetahui bahawa tuan selamat menjalani prosedur hari ini. Berharap semoga tuan segera sembuh dan dapat berjumpa tuan tidak lama lagi. – LHL “.

HKL dalam satu kenyataan berkata perdana menteri menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar dan telah pulang ke rumah untuk berehat.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top