Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Lebih 700 Pesawah di Pasir Puteh Dakwa Kerugian, Bernas Enggan Beli Padi

Lebih 700 Pesawah di Pasir Puteh Dakwa Kerugian, Bernas Enggan Beli Padi

mh online

PASIR PUTEH, Lebih 700 petani, yang mengusahakan 2,031 hakter tanaman padi di bawah kelolaan Projek Pertanian Bersepadu Kamasin Semerak (IADA), mendakwa syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) enggan membeli hasil tuaian menyebabkan mereka kerugian.

Pesawah itu mendakwa mereka bakal kerugian ribuan ringgit pada musim menanam tahun ini, kerana Bernas hanya mahu membeli sebahagian kecil hasil tuaian mereka.

Hilman Abdul Rahman, 53, dari Kampung Saring di sini, berkata Bernas gagal membeli beras dari kawasan itu berikutan lambakan di kilang syarikat itu di Padang Pak Amat di sini.

Leave a Reply

Top