Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Lebih 2700 Kakitangan Kerajaan Dipecat

Lebih 2700 Kakitangan Kerajaan Dipecat

Turki, memecat lebih 2,700 pekerja pelbagai institusi awam berhubung dakwaan kaitan dengan ‘keganasan’ dalam pusingan terbaru penyingkiran sejak kegagalan rampasan kuasa tahun lalu.

Sejumlah 2,756 pekerja dipecat daripada pelbagai badan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, menurut perintah rasmi.

Selepas cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016, kerajaan melaksanakan perintah darurat, yang diperbaharui lima kali sejak itu, dengan terbaru pada Oktober lalu.

Antara yang dipecat adalah 637 anggota tentera dan 105 pakar akademik.

Perintah itu menyatakan, mereka yang dipecat itu sama ada anggota atau ada kaitan dengan pertubuhan dan struktur pengganas yang mengancam keselamatan negara.

Perintah yang dikeluarkan juga mengarahkan 17 institusi ditutup di seluruh Turki termasuk dua akhbar dan tujuh persatuan.

Turki mendakwa pendakwah yang kini berada di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen dan pergerakan Hizmet pimpinannya mengarahkan dan melaksanakan cubaan menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Gulen menafikan sebarang kaitan dengan keganasan dan kegagalan rampasan kuasa itu. – AFP

Leave a Reply

Top