JELI, Sejumlah 11,200 ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin di seluruh Kelantan menerima pelbagai bantuan berjumlah RM921,000 sempena siri jelajah Program UMNO Bantu Rakyat yang berlangsung di sini, hari ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Parlimen Jeli merupakan destinasi ketujuh yang disinggahi konvoi terbabit daripada keseluruhan 21 destinasi yang dirancang menerusi program berkenaan.

Beliau berkata selain memberi bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan, pemeriksaan dan rawatan turut diberi kepada penduduk yang mengalami masalah kesihatan.

“Di samping itu, kita juga akan merekodkan data dan maklumat orang ramai untuk diberi bantuan mengikut saluran lain yang ada, ” katanya kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat di Kompleks UMNO Bahagian Jeli di sini, pada isnin.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata beliau yakin program bantuan seumpama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang jika rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara.

Katanya kerajaan tidak pernah ‘pilih bulu’ dalam memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan walaupun penerima bantuan berbeza fahaman politik dengan parti pemerintah.

“Di Kelantan sendiri kita ada Program Jom Bantu Rakyat sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiap bantuan yang dihulurkan kita tidak pernah bertanya adakah mereka parti mana atau penyokong mana tidak sebagaimana pembangkang yang berlainan konsepnya, ” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *