Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Lebih 10,000 Keluarga Orang Asli Miskin Tegar Dapat Manfaat Beras Percuma

Lebih 10,000 Keluarga Orang Asli Miskin Tegar Dapat Manfaat Beras Percuma

mh online

Lebih 10,000 keluarga orang Asli miskin tegar di seluruh negara akan mendapat manfaat beras percuma di bawah program MyBeras mulai Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Hasnan Hassan berkata kira-kira 10,000 ketua isi rumah orang Asli miskin tegar yang berdaftar dalam e-Kasih bakal menerima bantuan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar senarai nama mereka kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai-pegawai JAKOA di peringkat negeri dan daerah akan mengagihkan sumbangan itu kepada golongan itu kelak, katanya ketika dihubungi.

Pada 28 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan langkah pengubahsuaian Bajet 2016 mengumumkan setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan menerusi program MyBeras membabitkan peruntukan lebih RM100 juta.

Leave a Reply

Top