Anda di sini!
Utama > Terkini > Lapan Lebuh Raya di Jangka Naik 2016

Lapan Lebuh Raya di Jangka Naik 2016

mh online

OLEH : MAT RIVERSIDE

Mengikut pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sidang Dewan Rakyat bulan lalu atas sebab untuk mengelakkan pembayaran pampasan berjumlah RM593.32 juta kepada syarikat konsesi.

Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Sebelum itu Ketua Pemuda Umno Encik Khairi Jamaluddin dalam ucapanya di Perhimpunan Agung sayap Pemuda mendesak kerajaan untuk mengkaji semula kenaikan tol dan pelbagai kos sara hidup lain,kesan akhirnya adalah kepada rakyat terbanyak,Pemuda bimbang sekiranya parti Umno ditolak oleh rakyat kerana kenaikan pelbagai kos berantai lain kesan dari kenaikan tol.

Jika diteliti dari ucapan Ketua Pemuda itu, ada juga kebenaranya kerana dalam “aku janji” pilihanraya ke-13 yang lalu BN berjanji kepada rakyat, harga tol tidak akan dinaikkan malah akan dikurangkan.

Dalam keadaan rakyat terbeban dengan pelbagai kos sara hidup masa sekarang,kami mohon kerajaan kaji semula kenaikan lapan lebuhraya yang akan dinaikkan ini.

Sesuai dengan slogan 1Malaysia RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, JANJI DITEPATI.

Leave a Reply

Top