Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Lain Padang Lain Belalang

Lain Padang Lain Belalang

Oleh: Zabidi Saidi

SEMENYIH, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa biar BN menang dahulu di Selangor baru fikir siapa jadi Menteri Besar kena pada masanya.

Katanya, sudah dua penggal pembangkang merampas Selangor maka sudah sampai masanya semua ahli Umno bekerja kuat merampas kembali Selangor tanpa memikirkan siapa bakal jadi Menteri Besar.

“Suasana di Selangor adalah berbeza dari negeri lain. Lain padang lain belalang,” katanya mengulas kenyataan Dr Zahid semalam selepas merasmikan konvesyen Umno Selangor. Menjelang PRU13, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Menteri Besar yang baru dikatakan jadi faktor kemenangan BN di Kedah.

Dalam kenyataan Dr Zahid semalam beliau berkata Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak berminat menjadi Menteri Besar Selangor yang menyebabkan beberapa nama dispekulasikan sebagai calon Menteri Besar seperti Budiman Mohd Zohdi, Johan Abdul Aziz dan Datuk Abdul Shukor Idrus.

Johan yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Langat mengajak rakyat Selangor bersatu memenangkan BN tanpa mengira siapa yang jadi Menteri Besar. Dalam pada itu beliau yakin BN dapat merampas kembali DUN Sungai Tua selain mengekalkan DUN Semenyih pada PRU akan datang.

Pada PRU 13, calon BN Dusun Tua, Ismail Sani tewas kepada calon PAS, Razaly Hassan dengan majoriti 4,071 undi. Manakala di DUN Semenyih, Johan Abdul Aziz menang dengan majoriti 4,757 undi mengalahkan calon PAS, Hamidi A Hassan dan calon PSM, Arutchelvam Subramaniam.

“Jika BN menang dua DUN maka BN akan menang kerusi parlimen Hulu Langat,” katanya kepada MH Online selepas merasmikan majlis berkhatan 40 orang kanak kanak di Surau Al Uzma di Fasa 9 Bandar Tasik Kesuma di sini.

Pada PRU 13, Calon PAS, Che Rosli Che Mat mennag kerusi parlimen Hulu Langat mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.

Leave a Reply

Top