Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kutipan Tol Secara Elektronik Disemua Lebuhraya PLUS

Kutipan Tol Secara Elektronik Disemua Lebuhraya PLUS

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya mulai 26 April ini.

Pengarah Urusannya Datuk Azman Ismail berkata bermula tarikh itu pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PlusMiles, Touch’n Go atau Smart Tag manakala tiada lagi transaksi tunai.

Beliau berkata pelaksanaan itu melibatkan 71 plaza tol di antara Juru hingga Skudai dan merupakan kesinambungan inisiatif yang mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008.

“Justeru kami menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kad PlusMiles atau Touch’n Go di mana-mana pusat khidmat pelanggan Plus sebelum 26 April ini.

“Sistem ini jauh lebih pantas berbanding kaedah tunai dengan lorong Smart Tag mampu mengendalikan 1,000 transaksi sejam manakala lorong Touch’n Go sebanyak 600 transaksi sejam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika ini 94 peratus daripada pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari Juru dan Skudai telah menggunakan sistem pembayaran secara elektronik.

“Plus juga akan sentiasa mengambil pelbagai langkah dalam membendung berlakunya sebarang ganguan terhadap sistem elektronik seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Leave a Reply

Top