Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kuala Sepetang Diisytihar Kawasan Jangkitan Rabies

Kuala Sepetang Diisytihar Kawasan Jangkitan Rabies

Kuala Sepetang dalam kawasan mukim Larut disytiharkan sebagai kawasan jangkitan anjing gila.

Pengisytiharan berkenaan dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sidang media, pagi tadi.

“Tiada seorang pun boleh bawa mana-mana anjing keluar melainkan dengan kebenaran bertulis.

“Anjing yang disimpan pula mestilah dalam kawalan ketat, dikurung dalam kawasan yang tertutup. Seluruh rakyat juga diharap dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,” katanya.

Tambah Zambry, masyarakat diharap faham bahawa ia (rabies) bukan satu wabak besar tetapihany melibatkan satu kes sahaja setakat ini.

Bagaimanapun katanya, atas keprihatinan kerajaan negeri, kawasan Kuala Sepetang akan terus dijaga agar wabak berkenaan tidak merebak ke tempat lain.

Leave a Reply

Top