Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kritik Penaja TRW,Afdlin dikecam dilaman Facebook

Kritik Penaja TRW,Afdlin dikecam dilaman Facebook

mh online

Selepas Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan Qu Puteh dan TRW di loby bangunan MARA pada jumaat pelbagai riaksi dari peminat bola sepak di Kelantan dan luar Kelantan rata-rata mengkritik penaja masuk campur soal identiti dan tradisi pasukan,antaranya Selebriti terkenal Afdlin Shauki yang memuat naik status di akaun instagram miliknya dan di kongsi di facebook.

image

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan komen Afdlin di facebooknya antara komen-komen tersebut seperti :-

‘Her money, her terms. Pink is just a color, that sign is her trademark. Asalkan dia tak masuk campur cara melatih pemain pada saya xde masalah.’

‘Abg afdlin da sponsor mna2 team dlm liga super ka? Kalo xda bgs abg diam jer.. Sb wlpun ds vida mcm tu tpi niat dia bgs nak majukan bolasepak negara kita.. Kmi pun sokong team luar tpi semangat kesukanan kmi pda negeri sendiri msih tinggi.. Kalo stakat nak buat program parody tu lgsg xbwa sbrg makna pun abg.. Rugi lagi da tgk program abg tu..nak kena undi lagi.. Buang duit jer..’

‘Afdlin shauki, biar la DS Vida nak buat ape pn.. Player kelantan xde bising pun.. So bro afdlin shauki senyap2 sudah.. Dia xsuruh bro afdlin shauki yg buat kan..’

Saya sifatkan Afdlin tidak faham Marketing Strategi,Ds Vida sudah keluarkan banyak belanja untuk menaja sebuah pasukan seperti Kelantan dan tentulah Ds Vida mengharapkan pulangan keuntungan atau bahasa perniagaanya “ROI” setimpal dengan apa yang telah beliau belanjakan.

Apakah ada di Malaysia ini orang yang hanya mahu menaja sebuah program atau apa saja tanpa sebarang pulangan kepada setiap sen wang syarikat yang telah dikeluarkan?tambahan pula Kelantan adalah negeri kelahiran beliau, maka sudah tentulah dua elemen ini penting kepada beliau,bukan sahaja dari segi pulangan malah lebih dari itu berbakti kepada “Tanah Serendah Sekebun Bunga”.

Tambahan pula dalam keadaan pasukan Kelantan yang pernah mendapat jolokan Gergasi Pantai Timur suatu ketika dahulu dan gagal bersaing dalam kelompok elit Liga Super akibat dari kekurangan tajaan.Pasukan kelantan beraksi dalam serba serbi daif jika dibandingkan dengan pasukan lain,dengan stadiumnya,tempat latihan yang tidak sempurna dan banyak lagi.

Penonton juga semakin kurang ke stadium dan keadaan ini memberikan kesan yang besar kepada kantong pasukan akibat dari itu Kelantan gagal membayar gaji pemain malah pimpinan utama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikritik bila prestasi pasukan merudum,tiba-tiba Ds Vida menawarkan bantuan kepada pasukan dan ianya memberikan nafas baru kepada kem Kelantan.

Penyokong dan pemain juga semakin bersemangat,lihat saja dalam dua aksi persahabatan sebelum ini stadium Sultan Muhammad dibanjiri dengan lautan penyokong yang sebelumnya suram.

Hanya yang pernah bersorak sebagai penyokong saja memahami.

#JANGAN KECAM KAMI

Leave a Reply

Top