Suasana Enak Sdn Bhd dengan kerjasama Winning Matters Sdn Bhd bakal membawakan kepada anda sebuah konsert yang mengabungkan penyanyi-penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia pada 5 Ogos 2017.

Konsert Nova ini juga diadakan sempena sambutan Ulang Tahun yang ke 60 hubungan di antara Malaysia dengan Indonesia. 

Hubungan dua hala yang akrab dan mesra di antara kedua buah negara telah terjalin semenjak kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam ini bakal membariskan penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Judika dan Cakra Khan bersama penyanyi-penyanyi popular tempatan, Azlan Typewriter dan Dayang Nurfaizah yang tampil selaku penyanyi jemputan.

Konsert Nova 2017 menampilkan penyanyi-penyanyi yang mempunyai vokal “power” untuk peminat menikmati persembahan yang luar biasa. Selain dari Azlan dan Dayang, pihak penganjur akan mengundang penyanyi popular Malaysia dan Indonesia yang lain yang akan diumumkan nanti.

Bagi menjanjikan persembahan muzik berkualiti dan bertaraf tinggi, pihak penganjur akan menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Selain itu, konsert ini turut diperkuatkan oleh Ardiyilla selaku pengarah teknikal dan jurutera bunyi Zoul dari Singapura yang berpengalaman mengendalikan konsert artis Antarabangsa. Azlan Typewriter sendiri juga akan menyertai barisan produksi Konsert Nova ini.

Kepada penggemar muzik atau yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Konsert Nova 2017 boleh ikuti Facebook & Instagram : KONSERT NOVA, Website : www.konsertnova.com.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *