Pelampau Yahudi diiringi pihak berkuasa rejim Zionis bertindak biadab mencemari kesucian al-Aqsa di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di masjid ketiga paling suci orang Islam itu.

Rakaman video yang menjadi tular di media sosial, semalam menunjukkan tindakan provokasi kumpulan itu berlegar-legar di kawasan sensitif di Haram al-Sharif.

Kelmarin, kira-kira 20 penduduk Palestin cedera dalam insiden pertempuran terbaru di luar pekarangan Masjid al-Aqsa.

Kejadian keganasan terbaru itu tercetus selepas pihak berkuasa rejim Zionis memasang kamera tambahan di luar pintu masuk al-Aqsa.

Difahamkan, protes ganas sama turut berlaku di Baitulaham di Tebing Barat.

Ketegangan semakin memuncak selepas rejim Tel Aviv mengenakan sekatan ke atas akses di masjid ketiga paling suci orang Islam itu termasuk bertindak memasang pengesan logam di pintu masuk al-Aqsa yang mencetuskan bantahan penduduk Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan melaporkan rejim Zionis bertindak melancarkan siri serangan menyasarkan beberapa lokasi di Genting Gaza.

Tel Aviv mendakwa, serangan itu kononnya sebagai respons terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari wilayah Gaza.

Bagaimanapun, tiada laporan kematian dilaporkan daripada kedua-dua kejadian tersebut. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *