Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Trend Jadikan Kondo Mewah Pusat Pelacuran

Trend Jadikan Kondo Mewah Pusat Pelacuran

JOHOR BAHRU, Kewujudan pusat pelacuran yang berselindung dengan nama spa atau rumah urut di perumahan berstrata atau kondominium mewah menjadi trend.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata tindakan pengusaha spa yang menjalankan kegiatan pelacuran dalam kawasan perumahan berstrata bagi melindungi kegiatan tidak bermoral itu dihidu pihak berkuasa.

Katanya, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha yang sanggup menjadikan kawasan perumahan sebagai sarang pelacuran.

“Kalau saya nak katakan trend, memang sudah ke arah itu. Dulunya di premis kedai, tetapi orang tidak jangka ia dilakukan di perumahan atau kondominium.

“Saya minta PBT lihat perkara ini supaya tindakan lebih tegas dapat diambil bagi memutuskan rantaian pada peringkat awal kerana ini membabitkan penempatan keluarga (bercampur) kegiatan pelacuran … perempuan keluar masuk berpakaian tidak senonoh.

“Memelihara kedaulatan, keharmonian dan keselamatan tanpa kompromi bukan sahaja tugas Imigresen tetapi agensi lain perlu lakukan sesuatu. Saya juga akan berbincang pada peringkat lebih tinggi, iaitu kementerin agar kesepaduan permuafakatan dalam tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau serbuan di dua premis spa yang terletak di dalam kawasan perumahan berstrata sekitar Masai dan Permas Jaya di sini, malam tadi.

Dalam serbuan di dua premis berkenaan sekitar jam 9.30 malam tadi, seramai 53 individu ditahan dan daripada jumlah itu 40 daripadanya ialah wanita pelbagai warganegara yang dijadikan pelayan pelanggan.

Pihak imigresen turut menahan sembilan lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga premis ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1) (d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa izin.

Leave a Reply

Top