Anda di sini!
Utama > Nasional > Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Komposer Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

mh online

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia hari ini di Hospital Selayang.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Dalam kerjaya seninya, Allahyarham banyak menghasilkan lagu artis-artis tempatan terutamanya menaikkan nama Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Jerat Percintaan.

Sumbangan besar dalam kerjaya seni turut membolehkan Allahyarham menerima Anugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke 17 pada tahun 2010.

Leave a Reply

Top