Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Kolaborasi Air Asia Dan Naelofar Hijab

Kolaborasi Air Asia Dan Naelofar Hijab

KUALA LUMPUR, Juruterbang wanita bertudung AirAsia dan AirAsia X kini mengenakan Hijab Naelofar berwarna putih bagi memenuhi keperluan harian mereka, hasil usaha sama syarikat penerbangan dan jenama hijab terkemuka, Naelofar Hijab.

“Buat julung kalinya AirAsia bekerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi juruterbang wanita kami yang bertudung. Kami kini merancang untuk bekerjasama dengan Naelofa Hijab bagi memberi nafas baharu kepada rekaan hijab untuk semua petugas lain yang bertudung,” kata Ketua Penjenamaan Serantau AirAsia, Rudy Khaw, dalam satu kenyataan.

Neelofa, pengasas Naelofar Hijab, berkata peluang mereka hijab wanita itu sangat menarik dan memberikan syarikat itu peluang untuk mecipta hijab khusus, selasa, praktikal dan bergaya.

“Bekerja secara langsung dengan AirAsia dan juruterbang wanita mereka dalam setiap perincian rekaan hijab itu merupakan pengalaman yang menyeronokan, dan kami berpuas hati dengan produk yang dihasllkan,” katanya.

Juruterbang wanita AirAsia terlibat langsung dalam prosess rekaan dan bekerja rapat dengan pereka Naelofar Hijab bagi menghasikan produk yang praktikal, selesa dan bergaya untuk tugasan harian mereka.

Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.

Hijab terbaharu itu menggunakan sejenis fabrik istimewa dengan ciri-ciri tambahan yang fleksibel untuk memudahkan pergerakan pemakai, dengan sentuhan terakhir dihiasi simbol Naelofar Hijab bertatahkan kristal Swarovski.

Leave a Reply

Top