Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Klon Ziana Zain Bawa Pulang RM20K

Klon Ziana Zain Bawa Pulang RM20K

mh online

Seiras Seirama Konsert Akhir semalam berlansung dengan penuh warna warni, bermula dengan Karpet Merah yang di acarakan oleh Abam Bocey dan pasangan Raja Ilya di perkarangan pintu masuk Studio satu dengan Grand dan kehadiran artis-artis dan ikon yang terlibat.

image

Persembahan pembukaan pula sedikit terganggu dengan masalah audio ketika Faradiya memulakan nyanyian namun sejurus selapas itu diatasi dengan segera oleh produksi sebelum haiza mengambil tempat dan seterusnya Nassier Wahab dan Lan Kristal.

Datuk Aznil Nawawi, pula tampil kepentas dengan penari dan menyanyikan lagu Mat Disco versi beliau dengan sangat baik sekali.

Peserta berusia 26 tahun, Azlina Aziz, yang juga klon ikon Ziana Zain muncul juara Seiras Seirama musim pertama dan membawa pulang wang tunai RM20,000.

Selain hadiah wang tunai Azlina turut membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro.

Azlina telah menyampaikan dua buah lagu pada pusingan pertama iaitu, Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta dan Senja Nan Merah di pusingan kedua yang dinyanyikan bersama Aweera.

Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.

Klon Ziana itu turut menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip.

Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Pentas akhir Seiras Seirama bersiaran secara langsung bermula pukul 9 malam Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Leave a Reply

Top