Anda di sini!
Utama > Ekonomi > KL-Jeddah Laluan Baru Malindo Air

KL-Jeddah Laluan Baru Malindo Air

Malindo Air melancarkan laluan penerbangan baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, dengan singgahan sejam di Ahmedabad, India.

Malindo Air berkata, tambang promosi pengenalan (pergi balik terangkum) bagi penerbangan itu bermula daripada RM3,999 bagi kelas perniagaan dan RM2,899 bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz, Jeddah, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua kali seminggu bermula Selasa sehingga 25 Mac 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Murthy berkata, pembukaan laluan baharu ke Jeddah itu adalah untuk memasuki pintu masuk utama ke kota suci Arab Saudi, Makkah dan Madinah.

“Ia akan menyediakan satu lagi pilihan mampu milik bagi pelanggan beragama Islam kami untuk menunaikan Umrah dan Haji,” katanya.

Chandran berkata Malindo Air yakin dengan sambutan terhadap laluan ini.

“Kami telahpun mempunyai rancangan untuk meningkatkan kekerapan kami daripada dua kali kepada empat kali seminggu dan penerbangan setiap hari semasa bulan Ramadan,” katanya.

 

Leave a Reply

Top