Anda di sini!
Utama > Terkini > KJ MAHU LEBIH RAMAI CONTOHI DATO SERI VIDA

KJ MAHU LEBIH RAMAI CONTOHI DATO SERI VIDA

mh online

Khairy Jamaluddin mahu lebih banyak syarikat korporat menaja arena sukan sekali gus menaikkan nilai sukan tempatan ke peringkat tertinggi.

Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, tajaan sebanyak RM20 juta oleh syarikat Vida Beauty Sdn Bhd kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW) merupakan langkah positif bagi merealisasikan misi itu.

“Dr Vida dan sebagainya, mereka lihat nilai tingi dalam sukan tempatan, ia positif. Saya harap banyak lagi tajaan bukan hanya bola sepak tetapi suka lain yang memerlukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Sebelum ini, pemilik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengumumkan tajaan sebanyak RM20 juta kepada pasukan Liga Super TRW sekali gus memantapkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada masa akan datang.

Persetujuan itu akan mengubah warna Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu dan menamakan semula pasukan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Selepas Kelantan, media sosial dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan pasukan bola sepak Kedah juga akan mendapat tajaan daripada seorang ahli perniagaan.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top