Polis mengesahkan serangan yang berlaku di Westminster, London dilakukan Khalid Masood secara bersendirian.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya, Neil Basu berkata, kita semua perlu menerima hakikat bahawa ada kemungkinan kita tidak akan faham mengapa tindakan itu dilakukan.

“Kami masih percaya bahawa Masood bertindak sendirian pada hari itu. Setakat ini tiada maklumat atau risikan yang menunjukkan terdapat serangan yang dirancang.

“Walaupun dia bertindak sendirian, kita perlu mewujudkan dengan bukti kukuh megapa dia melakukan insiden terbabit bagi membawa keyakinan kepada London, dan untuk memberikan jawapan terhadap keluarga mereka yang terbunuh serta mangsa kejadian ini,” katanya seperti dipetik oleh BBC.

Tambahnya, bagaimanapun, kami sedang berusaha untuk mengenal pasti jika Masood adalah seorang individu yang bersekongkol dengan pengganas atau terdapat orang yang mengarahkannya untuk melakukan kejadian terbabit.

“Jika perkara itu terbukti, individu yang terlibat akan berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam kejadian baru-baru ini, empat dilapor maut dan 50 cedera.

Tujuh dari 11 orang yang ditangkap sejak serangan Westminster London telah dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi telah mengesahkan bahawa Masood bekerja di negara tersebut sebagai guru bahasa Inggeris pada 2005 dan 2009.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *