MADRID, Madrid telah memecat Ketua Polis Serantau Catalonia, Josep Lluis Trapero sehari selepas melaksanakan kawalan langsung rantau itu susulan pengisytiharan pemisahan dari Sepanyol.

Pemecatan Trapero yang mengetuai pasukan dikenali Mossos d’Esquadra, anggota polis berpangkat tinggi Catalonia, disiarkan dalam pekeliling rasmi kerajaan.

Ia ketika Sepanyol kini terbabit dalam krisis terburuk politiknya sejak beberapa dekad lalu.

Susulan pengisytiharan kemerdekaan itu, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy mengambil langkah drastik dengan menyingkirkan pemimpin pemisah, Carles Puigdemont dan membubarkan Parlimen.

Dalam peningkatan dramatik krisis politik yang mencetuskan kebimbangan di Eropah dan menggemparkan Sepanyol, Rajoy juga memutuskan mengadakan pilihan raya awal Catalan pada 21 Disember ini untuk ‘mengembalikan keamanan’ ke rantau bergolak itu. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *