Anda di sini!
Utama > Terkini > KES SYAHRUL AZWARI: KAFA WAJAR BERTEGAS

KES SYAHRUL AZWARI: KAFA WAJAR BERTEGAS

mh online

image

Syahrul Azwari menjadi topik hangat dibincangkan oleh peminat TRW dan Sarawak dalam beberapa minggu ini..

Dalam tinjauan kami dapati rata-rata peminat TRW menyokong tindakan Syahrul Azwari ke Sarawak demi kelansungan kerjaya beliau sebagai pemain bola sepak,memandangkan TRW sejak musim lalu menghapi krisis kewangan yang meruncing…

Bagi peminat Sarawak pula ,mereka mengharapkan KAFA melepaskan Syahrul dengan cara baik kerana FAS  menandatangani Syahrul selepas mendapat kebenaran dari FAM.

Apa pun pandangan mereka, bagi rata-rata pemerhati bola sepak negara merasakan KAFA perlu bertegas dalam hal ini,untuk rekod musim lalu perkara sama juga berlaku antara kafa dan Felda United yang menandatangani bekas pemain skuad piala presiden Kelantan feris denial yang dilepaskan oleh harimau muda untuk kembali kepada pasukan negeri terlebih dahulu sebelum ke mana – mana pasukan.

Apakah FAM buta?
sepatutnya mereka sudah belajar dari kes sebelum ini,dan melindungi hak ahli gabungan serta menguatkuasa undang-undang yang digariskan oleh Fifa dan Fam.

Oleh itu wajarlah FAM jelaskan kedudukan yang sebenar apakah sah kontrak syahrul dengan Sarawak ataupun sebaliknya,sebelum keadaan kedua-dua penyokong bertambah tegang.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top