Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerusi Cameron Highlands Tetap Milik myPPP

Kerusi Cameron Highlands Tetap Milik myPPP

Oleh : Zabidi Hj Saidi

KUALA LUMPUR, Kali pertama mewawancara Presiden myPPP, Tan Sri Dr. M. Kayveas di pejabatnya di Jalan Kampung Atap di sini semalam amat menyeronokkan.

Beliau yang merupakan presiden parti komponen BN  yang paling lama (sejak 1993), myPPP adalah parti berbilang kaum dan majoriti ahlinya adalah masyarakat india.

Dari hasil tinjauan MH Online, jika PRU 2013 dianggap sebagai “Tsunami” Cina di mana masyarakat Cina menolak MCA dan Gerakan, PRU 2018 pula akan menjadi “Tsunami India” di mana orang India akan menolak MIC secara total.

Pada tahun 1999, beliau dilantik Senator dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana beliau adalah timbalan menteri yang berani menentang Ctos yang menyusahkan majoriti orang Melayu. Ctos dilarang berniaga di negara luar tetapi Bank Negara Malaysia membenarkan Ctos berniaga di Malaysia.

Penulis Bersama Rombongan Menemui Ybhg Tan Sri Kayveas Di WISMA myPPP 

Pada tahun 2004, myPPP dijanjikan kerusi Cameron Highlands tetapi Pengerusi BN ketika itu, Pak Lah memberikan kerusi itu kepada MIC yang ditandingi oleh Devamany sebanyak dua penggal. Sebagai anak jati Cameron Highlands, Pahang beliau sudah tentu mahu bertanding di kampungnya sendiri tetapi beliau dihantar bertanding di Taiping, Perak.

Pada tahun 2004, Kayveas diarah bertanding di Taiping dan menang dengan majoriti 2,172 mengalahkan calon DAP, Ong Chee Keng. Selepas itu beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang undang yang sesuai dengan kariernya sebagai seorang peguam.

Walaupun  beliau menang dalam PRU 2004, Pak Lah tidak melantiknya sebagai menteri penuh walaupun beliau adalah presiden parti komponen BN. Beliau adalah presiden parti komponen BN tunggal yang tidak berada dalam kabinet.

Bagaimanapun beliau kalah di Taiping pada PRU 2008 di tangan calon DAP, Nga Kor Ming dengan majoriti 11,298 undi. Pada tahun 2008 beliau masih mahu bertanding di Cameron Highlands tetapi Pak Lah mengekalkan status quo kepada MIC.

Pada PRU 2013, beliau masih mahu pulang ke Cameron Highlands tetapi Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak panggilnya dan beliau  berkata Presiden MIC,  G. Palanivel mahu kerusi Cameron Highlands. Maka beliau mengalah dan tidak bertanding dalam PRU tersebut.

Palanivel menang dengan majoriti  462 undi mengalahkan calon DAP, M.  Manogaran dan dua orang calon Bebas. Selepas Palanivel kalah dalam pertandingan Presiden MIC pada tahun 2014, beliau tidak berminat lagi menjaga kawasan parlimennya.

Palanivel banyak mengabaikan pengundi di Cameron Highlands dan amat sukar untuk pengundi memohon bantuan dan mengadu masalah yang dihadapi, sekiranya BN meletakkan mana-mana calon dari MIC nescaya Pengundi Cameron Highlands akan menolaknya.

Maka, Kayveas sebagai anak tempatan mengambil inisiatif turun padang menjaga kawasan parlimen Cameron Highlands sejak tiga tahun lalu kerana pada PRU 2018 myPPP akan bertanding di situ. Beliau turun padang setiap minggu di atas restu Najib dan beliau kini amat dekat dengan pengundi Cameron Highlands dan mempunyai “Personel Touch” dengan pengundi disana.

Andainya kali ini Najib masih mengekalkan kerusi tersebut kepada MIC, Kayveas berkata beliau tidak bercadang tanding Bebas menentang calon BN sebaliknya beliau akan bersara dari politik kerana pengorbanan myPPP tidak dihargai oleh BN, katanya dalam pertemuan eksklusif dengan MH Online yang turut disertai kawan baik Kayveas, Amarnath.

Beliau mengaku dihubungi oleh Pakatan Harapan (PH) supaya menyertai mereka kerana PH tiada parti keturunan India. PH ada parti melayu seperti PPBM (Bersatu), PH juga ada parti Cina seperti DAP namun PH tiada parti India, maka atas sebab itu PH memerlukan myPPP.

“Saya ada prinsip. Kalau myPPP tidak diberi kerusi Cameron Highlands saya akan bersara dari politik kerana pengorbanan dan kesetiaan myPPP kepada BN tidak lagi dihargai,” tegas beliau.

Leave a Reply

Top