Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Kerana Kehendak Tidak Dipenuhi, Maka TPM Jadi Mangsa Fitnah

Kerana Kehendak Tidak Dipenuhi, Maka TPM Jadi Mangsa Fitnah

mh online

Pelbagai tuduhan makian dan cacian dilemparkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri oleh penulis yang kononya popular dan pengendali laman berita Perak Today Parpukunyit.bahalol.com, yang kononya menyokong pentadbiran YAB Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama mengkritik dasar kerajaan dan mana-mana menteri yang tidak menyalurkan peruntukan kepada laman portal si parpu kunyit ini.

Bermula dengan kisah Myeg, pekerja asing bangladesh, soal peribadi Yab Timbalan Perdana Menteri, sehinggalah kepada tuduhan bahawa Yab Timbalan Perdana Menteri adalah budak suruhan kepada Anwar Ibrahim, untuk pengetahuan pembaca sewaktu Anwar menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu Dato Seri Najib merupakan Naib kepada Anwar Ibrahim apakah si Parpu Kunyit ingin menuduh Yab Perdana Menteri juga budak suruhan Anwar Ibrahim?

Saya difahamkan, Parpu Kunyit ini banyak musuh malah yang terbaru beliau mengkritik malah menuduh beberapa orang penulis senior dalam Mykmu dan portal-portal yang membela Yab Perdana Menteri siang dan malam kononya mereka ini tidak ikhlas membela Yab Perdana Menteri dan hanya menghabiskan wang umno dan kerajaan.

Adalah tidak wajar seorang penulis yang bernaung dibawah kerajaan dan parti mengkritik sahabat seperjuangannya secara terbuka di laman facebook, yang sudah tentulah ramai yang akan mengikuti dan ini merupakan tindakan kurang bijak si parpu kunyit yang kononya penulis berpengalaman.

Ini juga menjadi bukti bahawa si parpu kunyit ini jika tidak diberi apa yang beliau minta maka pelbagai rekayasa fitnah akan ditaburkan, penulis begini sangat bahaya kepada kerajaan dan parti, kerana beliau hanya mementingkan kepentingan beliau semata-mata tanpa memikirkan kesan kepada kerajaan dan parti.

Tuduhan kepada Yab Timbalan Perdana Menteri yang beliau ulang setiap hari itu semuanya telah Yab Timbalan Perdana Menteri jawab satu persatu malah Yab TPM juga telah mengumumkan bulan lalu kerajaan melalui KDN telah membekukan kemasukan pekerja asing yang baru, selain akan melakukan pemantauan terhadap pekerja asing sedia ada di negara ini.

Jadi apa masalah kepada parpu kunyit ini? adakah sebab beliau minta kouta pekerja asing tetapi tidak diluluskan, maka sebab itulah beliau menyerang Yab Timbalan Perdana Menteri habis-habisan?

Sudah-sudahlah parpu kunyit jangan hanya kerana kehendak kamu tidak dipenuhi maka kamu ingin merosakkan reputasi Pemimpin negara, jika kamu sangat sayangkan Perdana Menteri seperti mana yang kamu dakwa hormatilah Yab Timbalan Perdana Menteri kerana Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik oleh Yab Dato Seri Najib, maka kita wajar menghormatinya.

Leave a Reply

Top