Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kerajaan Sasar Lahirkan 125,000 Huffaz Menjelang 2050 – TPM

Kerajaan Sasar Lahirkan 125,000 Huffaz Menjelang 2050 – TPM

MELAKA, Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz seluruh negara menjelang tahun 2050 melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sasaran itu adalah penting buat Malaysia bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat keberkatan serta pengampunan daripada Allah.

Sehubungan itu, katanya Huffaz yang telah dilahirkan perlu dibentuk menjadi pemimpin dan tenaga kerja profesional negara seperti doktor dan jurutera, bukan hanya menjadi imam atau guru agama semata-mata.

“Kalau 125,000 Huffaz sebagai tenaga kerja profesional insya-Allah Huffaz menjadi Menteri Kabinet suatu hari nanti, dengan PM (Perdana Menteri) pun orang hafal Al-Quran supaya mereka memimpin kita dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan di Ayer Keroh di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Leave a Reply

Top