Anda di sini!
Utama > Terkini > Kerajaan Berazam Percepat Bayaran Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir – TPM

Kerajaan Berazam Percepat Bayaran Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir – TPM

mh online

image

Kerajaan berazam wang ihsan sekurang-kurangnya RM500 untuk setiap isi rumah mangsa banjir kali ini dapat diberikan sebelum banjir surut, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemberian itu wajar dilakukan segera untuk kegunaan mangsa banjir yang memerlukan bantuan untuk perbelanjaan sepatutnya.

Sehubungan itu, katanya satu memorandum akan disediakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk diserahkan kepada kabinet bagi menambah baik kaedah pemberian wang ihsan itu.

“Memorandum itu untuk mendapatkan kelulusan agar wang ini datangnya daripada syarikat insurans yang dibuat berdasarkan pembayaran premium yang dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara.

“Apabila berlaku banjir maka syarikat insurans yang mengambil premium itu akan membayar dengan jumlah yang lebih daripada RM500 untuk satu isi rumah dan dapat dibayar sebelum air surut,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Negara di sini, Khamis.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top