Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Keputusan Pelunasan AES Akan Diputuskan Kabinet – Tiong Lai

Keputusan Pelunasan AES Akan Diputuskan Kabinet – Tiong Lai

mh online

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kabinet akan memutuskan sama ada 1.9 juta saman yang dikeluarkan sistem penguatkuasaan automatik (AES) perlu dilunaskan atau tidak.

Menurut beliau, kementeriannya akan mendapatkan nasihat Peguam Negara terlebih dahulu mengenai perkara itu sebelum diputuskan di peringkat Kabinet.

Dalam pada itu, Liow berkata Jabatan Pengangkutan Jalan telah diarahkan untuk mendapat maklum balas orang ramai susulan pelaksanaan AES.

“Apabila kita hendak laksanakan semula dalam tahun ini juga kita ingin dapatkan pandangan dahulu daripada orang ramai. Sebab itu saya ingin membuka peluang kepada semua untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai kaedah melaksanakan sistem ini dengan lebih berkesan.

“Bagaimana kementerian boleh melaksanakannya dengan lebih baik? Kerana kita tahu sistem ini terbukti berkesan apabila rakyat turut bersetuju bahawa apabila ada kamera semua akan perlahankan kenderaan khususnya di kawasan kerap berlaku kemalangan dan kita melihat kadar kemalangan itu menurun.”

Liow berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat ke-14 MCA di sini, pada Selasa.

Pada Isnin, Liow mengumumkan bahawa AES akan dilaksanakan selewat-lewatnya Mac depan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sistem itu nanti akan dilaksanakan serentak dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Leave a Reply

Top