Anda di sini!
Utama > Sukan > Kepulangan Klopp Disambut Penuh Emosi

Kepulangan Klopp Disambut Penuh Emosi

Jurgen Klopp menerima sambutan penuh emosi ketika kepulangannya ke Borussia Dortmund yang turut diraikan dengan nyanyian lagu yang digubah daripada ‘You’ll Never Walk Alone’.

Lebih 65,000 penyokong kedua-dua pasukan memenuhi Westfalenstadion bagi meraikan kehadiran Klopp yang pernah berkhidmat selama tujuh musim di kelab Bundesliga itu sebelum berhijrah ke Anfield tahun lalu.

Klopp turut menyapa bekas pemainnya dengan senyuman sebelum menunjukkan rasa hormat kepada penyokong Dortmund yang lebih dikenali sebagai ‘Yellow Wall’ yang memenuhi kawasan belakang di bahagian selatan stadium.

“Detik yang sungguh istimewa dan begitu menyentuh hati saya,” kata Klopp.

Pengendali The Reds berusia 48 tahun itu bagaimanapun mengakui begitu janggal sebaik melangkah masuk ke bilik persalinan bagi pasukan pelawat di stadium terbabit.

“Saya tidak tahu bagaimana rupanya.

“Saya hanya mengingatkan diri sendiri supaya menuju ke kanan dan bukannya ke kiri untuk ke bilik persalinan,” katanya dalam nada berseloroh.

Kepulangan Klopp ke Dortmund buat kali pertama menghiasi berita sukan di Jerman sepanjang minggu ini.

Malah ianya lebih hangat berbanding kemenangan 2-0 yang dicatat Wolfsburg ke atas Real Madrid pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Leave a Reply

Top