Anda di sini!
Utama > Politik > KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

mh online

Hari ini Rakyat Malaysia telah menyaksikan satu drama yang paling menarik dalam sejarah politik negara.

Ramai wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan komen.

Secara jujur saya katakan, saya tiada apa nak komen dan elok kita serahkan kepada semua rakyat untuk mmbuat tafsiran dan komen masing-masing.

Tidak sukar untuk mereka mentafsir sendiri kerana watak-watak yang terlibat adalah watak yang sudah rakyat kenali.

Kita ucapkan tahniah kepada DAP, PKR, PAN dan Bersih kerana akhirnya menerima pimpinan mantan Presiden UMNO yang sebelum ini berpuluh tahun kami dlm UMNO berjuang supaya anda menerima pimpinannya.

Itu satu takdir dan bagi sesetengah orang satu karma berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Mungkin Pakatan Harapan patut mula memikirkan pula usaha bersama Tun Mahathir (TM) membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulunya dipecat dan didakwa susulan arahan TM.

Bagi Umno, kita akan terus beristiqamah dengan proses demokrasi yg kita pertahankan selama ini.

Umno tidak mampu berdrama kerana mandat rakyat adalah untuk kita berkhidmat membela nasib rakyat yang secara ‘real’ memerlukan kita mengerah segala kekuatan dan keupayaan mengurus negara dalam situasi dunia media baru yang tidak menentu, penuh fitnah, hasutan dan tipu muslihat.

Kita bertanggungjawab memajukan ekonomi, memupuk perpaduan, menjaminkan keamanan serta keadilan di samping mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

Dalam kata lain, memikul amanah dan mandat rakyat.

Tiada ruang untuk Umno berlakon dan bertindak menyanggah apa yang kita sendiri pertahankan selama ini.

Beberapa legasi, dasar, peraturan, convention, “didikan” peninggalan TM dalam menguruskan parti dan negara akan terus kita pertahankan walau TM sendiri MUDAH LUPA mengenainya.

Lagi pun hari ini terbukti mantan PM dan Presiden Umno itu tidaklah seburuk yang cuba digambarkan pihak pembangkang selama ini.

Kepada Ahli Umno marilah kita rapatkan saf dan beristiqamah bahawa pemimpin datang dan pergi, tetapi pejuangan kita tetap perkasa berkat kita “BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT”

Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan Umno Malaysia.
4/3/16

Leave a Reply

Top