Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu meneruskan BR1M sekiranya menang PRU14 menunjukkan bekas perdana menteri itu hipokrit.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata, kenyataan itu juga menunjukkan Mahathir tidak konsisten sedangkan beliau pernah menyifatkan bantuan itu rasuah.

“BR1M ini menjadi haram atau halal bergantung kepada siapa yang memberinya. Jadi Dr Mahathir juga serupa dengan orang lain di pihak pembangkang.

“Apa sahaja yang datang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, walaupun betul, semuanya salah. Kalau orang lain buat walaupun salah, benda itu betul,” katanya.

Idris, yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, seseorang yang tidak konsisten adalah bahaya, malah sesiapa sahaja yang dekat dengan orang itu, perlu berhati-hati.

“Saya maksudkan tidak konsisten di sini sebenarnya kata-kata lembut untuk seorang yang menipu dan gemar memutar belit. Malulah sekejap betul sekejap salah. Dr Mahathir memang hipokrit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *