Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kemampuan Saya Setaraf Dengan Mahathir

Kemampuan Saya Setaraf Dengan Mahathir

Cabaran untuk duduk sepentas berdebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberikan persepsi berbeza kepada Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Mohamed Nazri berkata, apabila Mahathir mencabar beliau, ini bermakna bekas Perdana Menteri itu mengiktirafnya sama taraf pemikiran, kemampuan dan martabat setanding dengan Pengerusi Bersatu itu.

“Saya jadi menteri penuh sejak 18 tahun lalu, ketika era Mahathir sendiri jadi Perdana Menteri, dia tahu kebolehan saya, sebab itu ajak saya berdebat dengannya.

“Saya tahu nak jaga parti dan kerajaan bila berdebat, jangan risau dengan kebolehan dan kemampuan saya untuk berhadapan dengan Mahathir nanti, jangan risau…,” katanya kepada sebuah potral online, pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang melahirkan kerisauan dialog antaranya dan Mahathir akan memberikan kesan negatif kepada BN dan kerajaan.

Debat antara kedua pemimpin senior itu kemudiannya ditukar format menjadi dialog sepatutnya berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar jam 3 petang esok, bagaimanapun ditunda kepada 7 April dan bakal diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Mohamed Nazri berkata, Tajuddin tidak perlu risau dengan kemampuannya untuk berhadapan dengan Mahathir nanti.

“Saya beranggapan, kalau mereka risaukan saya berjumpa Mahathir, perkara itu sebenarnya adalah diri mereka sendiri yang tidak berani, bukan saya.

“Tajuddin timbalan menteri lebih junior dari saya, tak wajar beliau nak risaukan saya, carilah isu lain, saya tahu nak jaga parti ini,” katanya yang juga telah 15 tahun menjadi ketua Umno bahagian Padang Renggas.

Leave a Reply

Top