Anda di sini!
Utama > Sukan > Kelantan Gagal Manfaat Peluang Beraksi Di Laman Sendiri

Kelantan Gagal Manfaat Peluang Beraksi Di Laman Sendiri

mh online

Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 2-2 berdepan Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, pada Jumaat.

image

Sarawak, bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-lapan menerusi jaringan pemain importnya, Makeche Ndumba.

Kelantan kemudian menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain importnya, Blaze Ilijoski pada minit ke-43 selepas bijak menyempurnakan hantaran seorang lagi pemain import, Jonathan Lucca.

Beraksi pada babak kedua dalam keadaan hujan, menyaksikan Ilijoski sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-63.

Ilijoski berjaya menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd Iqbal Suhaimi, selepas menerima hantaran daripada pemain tengah Wan Zack Haikal Wan Nor.

Kegembiraan Kelantan tidak berpanjangan apabila Sarawak mengikat kedudukan pada minit ke-71 hasil rembatan Makeche Ndumba yang menerjah gawang, dan kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat.

Tamat permainan Kelantan 2- 2 Sarawak.

Leave a Reply

Top