Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kejayaan Anak Terengganu Di Belanda

Kejayaan Anak Terengganu Di Belanda

BELANDA, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan pusat fisioterapi milik anak Terengganu yang dibuka di bandar Zoetermeer, di sini semalam.

Pusat fisioterapi Corpus Medicus itu dimiliki oleh Tengku Hazwan Tengku Hassan yang juga merupakan anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Ia adalah satu kejayaan kepada negeri Terengganu yang membanggakan kerana anak Terengganu berjaya menempa nama di bumi Eropah.

Hadir sama dalam majlis itu isteri Menteri Besar Toh  Puan Seri Halina Zakaria dan Tengku Hassan bersama isteri.

Ahmad Razif yang dipetik dalam laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Hazwan di atas pembukaan pusat kesihatan tersebut.

Kejayaan ini wajar menjadi pendorong kepada rakyat Terengganu yang lain untuk melakar lebih banyak Success Stories (cerita kejayaan) di peringkat dunia seterusnya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia.

Leave a Reply

Top