Anda di sini!
Utama > Sukan > Kedah Turun Ke Kota Bharu Tanpa Liridon

Kedah Turun Ke Kota Bharu Tanpa Liridon

Kedah terpaksa melupakan khidmat tiga tonggak utamanya apabila turun menentang Kelantan dalam saingan Liga Super di Kota Baru pada Sabtu malam berikutan masalah kecederaan.

Dua daripada tiga watak penting kesebelasan utama tersebut merupakan pemain import yang juga tulang belakang skuad hijau kuning.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, pemain yang mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan ialah Liridon Krasniqi, Syazwan Zainon dan Sandro Da Silva.

Ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan ketika membantu Kedah menewaskan Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA baru-baru ini.

“Untuk perlawanan ini kami terpaksa melupakan khidmat Liridon, Syazwan dan Sandro kerana masih dibelenggu kecederaan dan memerlukan masa untuk pulih.

“Saya yakin dengan ┬ápemain yang bakal mengantikan ketiga-tiga pemain ini pada perlawanan malam itu akan menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin,” katanya.

Jelas beliau, pemain simpanan seperti Mohd Halim Shaari, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad, Syawal Nordin dan Fitri Omar mampu mengalas tugas mereka jika diberikan peluang dalam perlawanan itu.

“Mereka telah lama buktikan kemampuan masing-masing dan ini adalah masa untuk mereka menggalas tugas penting dalam misi mendapatkan tiga mata,” katanya kepada media.

Cheng Hoe selain itu turut menafikan mengenai pergaduhan antara pemain import dengan jurulatih kecergasan, De Steffano.

Beliau berkata, dakwaan itu tular di laman sosial selepas disebar pihak tidak bertanggungjawab walaupun sebenarnya ia tidak berlaku.

Sementara itu, pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffry Low Han Chow berkata, dua kemenangan yang dicatatkan oleh Kelantan telah memberi mesej bahawa skuadnya perlu memberi sepenuh perhatian dan berusaha sepanjang 90 minit permainan.

“Saya yakin, pemain kita dapat meneruskan rentak cemerlang dalam empat perlawanan sebelum ini dan terus mengekalkan rekod tanpa kalah.

“Apa yang penting pemain perlu menjaga mental dan fokus terhadap misi mendapatkan kemenangan di Kota Baru,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Top