Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kebakaran Tahfiz : Bukit Aman Turun Ke Lokasi

Kebakaran Tahfiz : Bukit Aman Turun Ke Lokasi

Enam pegawai penyiasat dari Bukit Aman memasuki bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini, pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Kumpulan pegawai itu, termasuk seorang pegawai wanita meninjau dan memeriksa sekitar kawasan premis berkenaan, dipercayai untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit dan keluar pada jam 1.50 tengah hari sebelum beredar pula ke bahagian belakang pusat tahfiz itu.

Selain meninjau dan memeriksa, mereka turut dilihat mengambil gambar di kawasan kejadian.

Kumpulan itu kemudian dilihat beredar dari kawasan lokasi kejadian lima minit kemudian.

Leave a Reply

Top