Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini, dilaporkan tidak memenuhi tahap keselamatan ditetapkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu laluan keluar dan masuk menuju ke tingkat atas.

“Kita memuji langkah pengurusan pusat tahfiz yang menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan, namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.

“Berdasarkan tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita dapati wujud kesalahan kerana premis ini hanya mempunyai satu laluan dan ia berbahaya dari segi keselamatan,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian, pagi tadi.

Tengku Adnan berkata, pemilik dan pengurusan pusat tahfiz berkenaan juga didapati tidak mempunyai kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta DBKL untuk menjalankan aktiviti pengajian tahfiz di premis berkenaan.

“Kadang-kadang bila kita tegur dan suruh tutup sesebuah premis, saya dan DBKL dimarahi dan dikatakan berlaku tidak adil namun sebenarnya kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Katanya, beliau sudah mengarahkan semua pegawai di Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menjalankan pemeriksaan ke atas semua pusat tahfiz di ibu negara dan Putrajaya, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *